Wednesday, September 22, 2004

Bulan Sains, Teknologi dan Inovasi 2004

Team promosi DSM telah mengambil bahagian dalam Pameran Bulan Sains, Teknologi dan Inovasi 2004, anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Pameran ini bertempat di Berjaya Megamall Kuantan, Pahang. Pameran berlangsung dari 16 September hingga 19 September 2004.

Team promosi pada kali ini disertai oleh Nor Syafinaz, Wan Azrin, Sanariah, Hazlee dan Aida. Team promosi bertolak dari Putrajaya jam 3.30 ptg pada 14/9/2004, perjalanan mengambil masa yang agak lebih dari kebiasaan kerana sepanjang perjalanan hujan turun mengiring perjalanan kami.

Kami tiba di Kuantan menjelang senja, dan kami check in di Hotel Grand Continential lebih kurang jam 7 petang, keadaan di hotel agak sesak dengan beberapa team konvoi kembara Bahasa anjuran DBP dan team pasukan bola sepak negeri Kedah. Namun semuanya berjalan lancar.

Keesokkan harinya, selepas bersarapan, kami terus ke Berjaya Megamall, untuk persiapan pemasangan booth. Kami mula berkerja jam 10.00 pagi, kami bernasib baik kerana berada dalam lingkaran MOSTI Pavilion, dan antara lokasi yang strategik dan laluan utama. Kerja-kerja memasang booth selesai kira-kira jam 2 petang, selesai mengemas peralatan kami semua dibelanja oleh Puan Sanariah untuk makan tengahari.

Keesokan harinya kami check out dari Grand Continential dan check in di M.S Garden, kerana Grand Continential sudah penuh selepas 16 September. DI M.S Garden pula, sebelum 16 tu mereka full. Majlis pelancaran Bulan Sains, Teknologi dan Inovasi (BSTIK) 2004, selesai disempurnakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi iaitu YAB Dato' Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis. Selepas perasmian diadakan peringkat akhir Peraduan Mencipta Pakaian Angkasawan 2004.

Selesai majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, YAB Menteri mengunjungi booth-booth pameran termasuk booth DSM, dan memberikan cadangan untuk mempertingkatkan bahan pameran di masa akan datang.

Keesokkan harinya Megamall penuh sesak dengan pengunjung, terutama rombongan dari sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar IPT. Kami mengedarkan door gift DSM dengan cara, meminta pengunjung mengisi database untuk kaji selidik mengenai kefahaman orang awam mengenai DSM dan meminta pendapat orang awam mengenai konsep pameran dan cadangan untuk masa akan datang.

Sambutan amat menggalakkan, dan sepanjang hari, ada pelbagai program di anjurkan oleh MOSTI. Termasuk S&T Race (program ala-ala Amazing Race) jadi booth DSM antara check point untuk mereka mendapatkan sampul clue dan sebelum mereka mendapat sampul clue, kami 'mendera' mereka supaya menjawab beberapa soalan berkaitan standard dan akreditasi.

Pameran berakhir pada 19 September 2004, kami amat kepenatan. Dan pada malam itu diadakan jamuan makan malam meraikan semua urus setia yang terlibat. Wow!! pada malam itu, terserlah bakat-bakat terpendam warga MOSTI menyanyi termasuk Dr. Zulkifli menyanyi lagu 60an. Hazle, dari team promosi DSM, di dera oleh dua anak dara MOSTI menari lagu I Will Survive. Hebat tarian wakil dari DSM. :)

Keesokan harinya team kami berkumpul jam 10.00 pagi di booth untuk kerja-kerja penanggalan booth dan menanti kehadiran lori untuk mengangkut barangan. Selepas selasai semua kerja, kami check out, dan bertolak balik ke Putrajaya lebih kurang jam 1 tgh.

Walaupun penat tetapi puas hati dengan kerjasama semua team promosi dan kerjasama semua agensi di bawah MOSTI. Semua bekerja bagaikan satu pasukan. Sewaktu waktu kemuncak, team promosi Pusat Sains Negara memerlukan khidmat urusetia yang lain untuk membantu mereka mengawal orang ramai yang menyerbu. Kami memberikan bantuan dengan seadanya. Semuanya gembira dengan tugasan kali ini.

Next event - MOSTI bersama Pelanggan di MINT. 9 Oktober 2004